Followers

04/09/2018

Butik Impianku



Aku berharap suatu hari nanti, impianku untuk memiliki butik sendiri akan menjadi kenyataan. 

Kini dengan ilmu reka fesyen dan latihan jahitan yang aku pelajari, aku amat yakin dunia fesyen ini mampu menjana pendapatan yang baik malah lumayan jika kena dengan caranya. Justeru itu, aku harus fokus ke hadapan dan berusaha mencari pengalaman sebanyak mungkin agar impianku akan menjadi kenyataan.


Mencari Pengalaman



Aku kini dalam proses mencari pengalaman. Aku kini bekerja di satu butik yang agak terkenal di Sungai Petani ini. Tujuan ku hanya satu. Ingin mengaut seberapa banyak boleh ilmu tentang perniagaan butik ini. Walaupun pada peringkat awal ini aku hanya menjadi jurujual, aku gembira kerana telah berjaya menjual beberapa helai pakaian.

Pengalaman berhadapan dengan pelanggan amat mengujakanku.


Mungkin kini musim cuti sekolah, ramai yang akan melangsungkan perkahwinan. Ramailah pelanggan yang datang mencari baju baru untuk menghadiri kenduri kahwin sanak saudara dan rakan taulan.

Fesyen


Banyak fesyen-fesyen pakaian yang terdapat dalam dunia ini dengan pelbagai gaya. Tidak hairanlah dunia fesyen kini berkembang dan menjadi satu industri yang berkembang pesat.

Ini adalah antara fesyen yang saya minati yang menjadi trendy sekarang ini.

Fesyen Muslimah



Baju Pertamaku


Ini adalah baju pertamaku yang ku reka sendiri untuk ibuku yang ku sayangi. Ibu ku memang seorang yang meminati baju. Maklumlah kerjanya cikgu. Jadi selain mengajar, ramai cikgu-cikgu meminati baju terutama cikgu yang muda-muda. Ibuku dalam setahun banyak kali jugalah membeli baju. Jadi bajuku ini, hasil pertamaku, ku hadiahkan untuk ibu yang ku sayangi.
Fesyen Kebaya

Hobi Ku

Aku memang meminati fesyen. Suka mereka-reka fesyen ikut imaginasiku. Sebab itu aku mengambil kursus fesyen. Aku berharap dunia fesyenku akan menjadi satu kerjaya untuk diriku. Aku impikan untuk mempunyai butik sendiri suatu hari nanti.