Followers

04/09/2018

Mencari Pengalaman



Aku kini dalam proses mencari pengalaman. Aku kini bekerja di satu butik yang agak terkenal di Sungai Petani ini. Tujuan ku hanya satu. Ingin mengaut seberapa banyak boleh ilmu tentang perniagaan butik ini. Walaupun pada peringkat awal ini aku hanya menjadi jurujual, aku gembira kerana telah berjaya menjual beberapa helai pakaian.

Pengalaman berhadapan dengan pelanggan amat mengujakanku.


Mungkin kini musim cuti sekolah, ramai yang akan melangsungkan perkahwinan. Ramailah pelanggan yang datang mencari baju baru untuk menghadiri kenduri kahwin sanak saudara dan rakan taulan.

No comments:

Post a Comment